Seuntai Kata

Kelab Inspirasi UiTM Johor adalah kelab bukan akademik yang ditubuhkan secara rasminya pada 23 Mei 2000. Nama INSPIRASI sebagai nama rasmi merupakan kesinambungan daripada objektif dan matlamat kelab untuk melahirkan mahasiswa yang mampu mentadbir sesebuah organisasi yang bakal menjadi pelapis pemimpin sedia ada. Antara aktiviti yg kerap dilaksanakan oleh Kelab Inspirasi ialah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Program Lawatan Amal, Lawatan Kerjasama ke universiti-universiti tempatan, Malam Gemilang Inspirasi (Kebudayaan) dan aktiviti-aktiviti jualan untuk menambah dana sedia ada kelab.

Thursday, April 30, 2009

Temuduga exco Kelab Inspirasi

Temuduga exco Kelab Inspirasi bagi semester hadapan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pensyarah Undang-undang pada 29 April 2009 jam 8 malam..Seramai 12 orang calon telah ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan exco kelab bagi semester hadapan.

Sesi temuduga diketuai oleh kedua-dua penasihat kelab Inspirasi, Pn Noraini dan Cik Wan Noradila serta dibantu oleh empat orang exco kelab inspirasi yang bertindak sebagai panel penilai pada malam itu.






Keputusan temuduga akan dimaklumkan pada awal semester hadapan. Semoga setiap calon yang terpilih menjadi exco akan memberikan sumbangan, kerjasama serta komitmen sepenuhnya kepada kelab seperti yg telah dijanjikan serta berjaya meningkatkan nama kelab supaya menjadi kelab yang dikenali ramai serta berjaya menjadi inspirasi kepada setiap kelab di UiTM Johor.


#Terima kasih kepada calon-calon yang berminat menjadi exco kelab Inspirasi. Mereka sanggup hadir temuduga walaupun ramai diantara mereka akan mengambil peperiksaan pada keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment