Seuntai Kata

Kelab Inspirasi UiTM Johor adalah kelab bukan akademik yang ditubuhkan secara rasminya pada 23 Mei 2000. Nama INSPIRASI sebagai nama rasmi merupakan kesinambungan daripada objektif dan matlamat kelab untuk melahirkan mahasiswa yang mampu mentadbir sesebuah organisasi yang bakal menjadi pelapis pemimpin sedia ada. Antara aktiviti yg kerap dilaksanakan oleh Kelab Inspirasi ialah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Program Lawatan Amal, Lawatan Kerjasama ke universiti-universiti tempatan, Malam Gemilang Inspirasi (Kebudayaan) dan aktiviti-aktiviti jualan untuk menambah dana sedia ada kelab.

Monday, April 20, 2009

Event : Mahasiswa Turun ke Desa (OPKIM)

Program : Mahasiswa turun ke Desa
Tarikh : 20 Mac - 22 Mac 2009
Tempat : Kg Melayu Raya, Segamat

Para peserta tiba di Kg Melayu Raya, Segamat

Rajin betul para peserta ini.....huhu

Program Motivasi bersama pelajar sekolah rendah

Para peserta berlatih pentomen yg akan dipersembahkan pada Malam Kebudayaan


Perlawanan futsal...penduduk kampung menang...hurmmm....

Chaiyok2 UiTM!!

Sukaneka antara peserta UiTM Johor dan penduduk kampung

Pertandingan tarik tali... peserta UiTM Johor menang.... yuhuuu...

Majlis Penutup...

Program ini merupakan program terakhir anjuran Kelab Inspirasi pada semester ini.. Alhamdulillah, ketiga-tiga program yang dianjurkan oleh kelab ini pada semester ini (PERNIM, Forum dan OPKIM) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program OPKIM mendapat pujian dari penduduk kampung diatas kejayaan program ini serta keberkesanan persembahan Pentomin yg diadakan pada Malam Kebudayaan. Tahniah diucapkan kepada ketua projek bagi ketiga-tiga program iaitu saudara Khairul Anuar (Forum), Saudara Hanafiah (PERNIM) dan saudari Fathiah (OPKIM) serta exco2 kelab diatas kerjasama yg diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua2 penasihat kelab Inspirasi, Pn Noraini serta Cik Wan Noradila diatas sokongan yg diberikan. Tidak dilupakan kepada setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program2 kelab Inspirasi. Nantikan program-program hebat Kelab Inspirasi di semester akan datang. SEKIAN

3 comments:

  1. Salam Ezy

    TAHNIAH!!!!Amanah saya kepada Ezy telah diusahakan dengan begitu cemerlang sekali. Kelab rasa terhutang budi...

    Pisang emas dibawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Hutang emas boleh kubayar
    Hutang budi kubawa mati

    TAHNIAH sekali lagi, jasamu membina rumah siber INSPIRASI ini akan dikenang selamanya

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...
    Alhamdulillah...terima kasih, puan...
    Terharunyer...huhu..
    Byk yg saya blajar dri kelab ini w'pun hanya 2 tahun bersama kelab...
    semoga kelab inspirasi akan tetap meneruskan kegemilangannya dan memberi inspirasi kepada setiap individu..
    p/s : smoga pgrm MGI dan pgram luar yg dicadangkan sem dpan akan dpt dilaksanakan dgn jayanya..amin...

    -ezy-

    ReplyDelete
  3. salam... lepas ni kita wujudkan alumni kelab inspirasi pulak eyh???
    hehehe...

    walau apa pun... saya bangga dengan kelab inspirasi... kelab yg sememangnya memberi banyak pengalaman dan pengajaran kpd saya...

    tahniah kpd semua yg menerajui kelab ini... semoga kepelbagaian aktivitinya mampu menaikkan nama kelab seiring dengan misi dan visinya

    ReplyDelete