Seuntai Kata

Kelab Inspirasi UiTM Johor adalah kelab bukan akademik yang ditubuhkan secara rasminya pada 23 Mei 2000. Nama INSPIRASI sebagai nama rasmi merupakan kesinambungan daripada objektif dan matlamat kelab untuk melahirkan mahasiswa yang mampu mentadbir sesebuah organisasi yang bakal menjadi pelapis pemimpin sedia ada. Antara aktiviti yg kerap dilaksanakan oleh Kelab Inspirasi ialah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Program Lawatan Amal, Lawatan Kerjasama ke universiti-universiti tempatan, Malam Gemilang Inspirasi (Kebudayaan) dan aktiviti-aktiviti jualan untuk menambah dana sedia ada kelab.

Thursday, April 30, 2009

Temuduga exco Kelab Inspirasi

Temuduga exco Kelab Inspirasi bagi semester hadapan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pensyarah Undang-undang pada 29 April 2009 jam 8 malam..Seramai 12 orang calon telah ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan exco kelab bagi semester hadapan.

Sesi temuduga diketuai oleh kedua-dua penasihat kelab Inspirasi, Pn Noraini dan Cik Wan Noradila serta dibantu oleh empat orang exco kelab inspirasi yang bertindak sebagai panel penilai pada malam itu.






Keputusan temuduga akan dimaklumkan pada awal semester hadapan. Semoga setiap calon yang terpilih menjadi exco akan memberikan sumbangan, kerjasama serta komitmen sepenuhnya kepada kelab seperti yg telah dijanjikan serta berjaya meningkatkan nama kelab supaya menjadi kelab yang dikenali ramai serta berjaya menjadi inspirasi kepada setiap kelab di UiTM Johor.


#Terima kasih kepada calon-calon yang berminat menjadi exco kelab Inspirasi. Mereka sanggup hadir temuduga walaupun ramai diantara mereka akan mengambil peperiksaan pada keesokan harinya.

Monday, April 20, 2009

Event : Mahasiswa Turun ke Desa (OPKIM)

Program : Mahasiswa turun ke Desa
Tarikh : 20 Mac - 22 Mac 2009
Tempat : Kg Melayu Raya, Segamat

Para peserta tiba di Kg Melayu Raya, Segamat

Rajin betul para peserta ini.....huhu

Program Motivasi bersama pelajar sekolah rendah

Para peserta berlatih pentomen yg akan dipersembahkan pada Malam Kebudayaan


Perlawanan futsal...penduduk kampung menang...hurmmm....

Chaiyok2 UiTM!!

Sukaneka antara peserta UiTM Johor dan penduduk kampung

Pertandingan tarik tali... peserta UiTM Johor menang.... yuhuuu...

Majlis Penutup...

Program ini merupakan program terakhir anjuran Kelab Inspirasi pada semester ini.. Alhamdulillah, ketiga-tiga program yang dianjurkan oleh kelab ini pada semester ini (PERNIM, Forum dan OPKIM) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program OPKIM mendapat pujian dari penduduk kampung diatas kejayaan program ini serta keberkesanan persembahan Pentomin yg diadakan pada Malam Kebudayaan. Tahniah diucapkan kepada ketua projek bagi ketiga-tiga program iaitu saudara Khairul Anuar (Forum), Saudara Hanafiah (PERNIM) dan saudari Fathiah (OPKIM) serta exco2 kelab diatas kerjasama yg diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua2 penasihat kelab Inspirasi, Pn Noraini serta Cik Wan Noradila diatas sokongan yg diberikan. Tidak dilupakan kepada setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program2 kelab Inspirasi. Nantikan program-program hebat Kelab Inspirasi di semester akan datang. SEKIAN

Event : Forum Cinta Mahasiswa

Program : Forum Cinta Mahasiswa _ Semanis Madu Sepahit Hempedu
Ahli Panel : Pn Rosmawati Zainal (Pengarah Raudhatus Sakinah)
Pn Yusnani Abd Hamid (Pengerusi Raudhatus Sakinah)
Tarikh : 17 Mac 2009
Tempat : Masjib As-Syakirin, UiTM Johor


Ahli Panel dari Raudhatus Sakinah, bahagian Selangor menyampaikan forum beliau...

Para peserta khusyuk mendengar forum...

Ketua Projek, saudara Khairul memberikan cenderamata kepada ahli panel jemputan

Para Exco bergambar kenangan bersama ahli panel jemputan dan penasihat kelab, Pn Noraini Ismail

Event : Lawatan ke PERNIM

Program : Lawatan ke Pusat Perlindungan PERNIM
Tarikh : 7 Mac 2009
Tempat : Pusat Perlindungan PERNIM, Cheras Kuala Lumpur
Peserta : 30 orang
Anjuran : Kelab Inspirasi UiTM Johor

Menguji kepintaran kanak-kanak utk meneka perkataan...

Pertandingan mewarna..

Sedapnya die tidur...huhu...

"Cepat warna....!! Sape punya paling cantik, boleh dapat hadiah...."
kata-kata sebilangan para fasilitator utk memberi semangat....

Cenderahati dari pihak UiTM Johor kepada pihak PERNIM

Bergambar kenangan bersama Pengasas & Yang Dipertua PERNIM, Pn Hjh Norlina Hj Alawi

Para peserta bergambar kenangan sebelum berangkat pulang...

Pelantikan Exco Kelab Inspirasi sem Dis 08-Mei 09

Event : X2K 08 di SABAH

Program : Delegasi Kemasyarakatan Semenanjung Borneo 2008 (X2K'08')
Tarikh : 26 Nov - 30 Nov 08
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah
Dengan kerjasama : Kelab Peers, UiTM Sabah

Para peserta di LCCT...

Lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Bersama YB Dato' Rosnah (YB Daerah Papar)

Lawatan Industri...


Melihat keindahan Pantai Tanjung Aru...



Bergembira di Kolam Air Panas dan Air Terjun..huhu

Bersiar-siar di Kundasang (Kaki gunung Kinabalu)
Xdapat naik, amik feel gunung Kinabalu pun jadi la....

Berjalan-jalan di sekitar Pasar Filipina sebelum berangkat pulang ke Segamat...

Event : Ops-Cuti_OPKIM di Kelantan

Program : Operasi Curahan Bakti (OPS-CUTI)
Tarikh : 18 Ogos 08 - 22 Ogos 08
Tempat : Kg Tawang, Bachok Kelantan
Peserta: Exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi UiTM Johor dan
UiTM Kota Bharu, Kelantan

Menyambut ketibaan tetamu VIP....

Ketibaan Naib Canselor UiTM, Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah disambut mesra oleh pelajar-pelajar UiTM


Program ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah

Para tetamu VIP jemputan...

Ucapan dari YDP Kelab, saudari Halimahton Saadiah...


Para peserta bergambar kenangan...

Event : Family Day...

Pada 20 Julai 2008 telah diadakan FAMILY DAY Kelab Inspirasi di Air Terjun Bekok, Segamat Johor. Program ini bertujuan utk mengeratkan hubungan sesama exco kelab dan menghiburkan diri sambil melepaskan tension...huhu... Program ini disertai oleh exco-exco Kelab Inspirasi dan beberapa orang ahli kelab yang aktif dengan kelab Inspirasi.

Arrived......

Makan dulu puas2 yer....

Game true or dare!.. jaga2...sape yg kena....huhu

Nyummyyyy......

Hooorreeeeeyyyyy.....kanak2 riang bermain air...

Fire!!!! Agak2 sape yg menang? huhuhu

Owh...happy day...enjoyable day....


MPKP Sem July 08 - Nov 08

Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan anjuran MPP bagi semester July 08 - Nov 08 telah diadakan pada 17 Julai 2008 di dewan utama Dewan Sri Temenggong..
Excited nmpak??

Ape la yg diorg nie borakkan? huhu

Senyum la ckit.....

YDP kami memperkenalkan kelab...

Mari! Mari! Sertai kamiii......