Seuntai Kata

Kelab Inspirasi UiTM Johor adalah kelab bukan akademik yang ditubuhkan secara rasminya pada 23 Mei 2000. Nama INSPIRASI sebagai nama rasmi merupakan kesinambungan daripada objektif dan matlamat kelab untuk melahirkan mahasiswa yang mampu mentadbir sesebuah organisasi yang bakal menjadi pelapis pemimpin sedia ada. Antara aktiviti yg kerap dilaksanakan oleh Kelab Inspirasi ialah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Program Lawatan Amal, Lawatan Kerjasama ke universiti-universiti tempatan, Malam Gemilang Inspirasi (Kebudayaan) dan aktiviti-aktiviti jualan untuk menambah dana sedia ada kelab.

Friday, November 6, 2009

Sekadar renungan

tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia sia
tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati dari dosa)
tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya, bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

No comments:

Post a Comment